22 December 2010

- Workaholic vs Solatholic -

 Salam alaik..Kali ni, aku nak berkongsi tentang satu isu ataupun masalah yang sering terdapat dalam sesebuah organisasi. Bagi yang pernah membaca majalah Solusi isu no-22, m/s 36-37, mesti pernah dengar dua perkataan ni. Tapi, bagi yang belum pernah dengar, sabar ek..jap lagi aku akan kongsikan ngan korang.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah..Pernah ataupun tidak kalian mendengar tentang dua golongan manusia ini?? Iaitu golongan Workaholic ’ dan ‘ Solatholic ’ ? Apakah itu?
Baiklah..dalam majalah Solusi ni, aku faham bahawa terdapat dua golongan dalam satu organisasi bahagian sumber manusia. Maka berlakulah pertentangan antara dua golongan ni. Istilah ‘workaholic’ pastinya kita pernah dengar bukan? Tapi bagi istilah ‘solatholic’ itulah pertama kali aku dengar sejurus selepas baca majalah ni. Dua golongan yang wujud ni boleh menjejaskan operasi sesebuah organisasi.

Solatholic’ ialah orang yang gila solat, manakala ‘Workaholic’ pula ialah orang yang gila bekerja.
Jadi, apa masalahnya? Yang menjadi masalah sekarang ialah apabila yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Kerja mereka sering beres tetapi ada masalah lain dengan rakan sekerja yang lain.  Bagaimana pula dengan si Solatholic ? Mereka ni pula kategori jenis yang rajin solat tapi kerja tak pernah nak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tapi culas kerja. Pada perkiraan aku la, dua sikap ni tak bagus seandainya hanya bersikap workaholic dan solatholic saja. Yerla, agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuklah dalam bab solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Bererti, orang yang culas kerja juga culas beragama. Begitu juga dengan orang yang rajin bekerja tapi malas solat. Itu kan tak lengkap dalam kehidupan agama Islam kita ni. Islam tu kan agama yang sempurna!

              Habis tu, macam mana nak tangani masalah dengan kelompok solatholic ni? Sebenarnya, solatholic ni bukan satu masalah. Yeke? Bukan ke orang jenis ni mabuk sembahyang? YA..Kalau begitu memang tak salahla kalau mabuk sembahyang sebab Nabi Muhammad S.A.W. pun begitu juga. Nabi s.a.w sendiri begitu banyak solat malah lama berdiri sampaikan kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad sendiri sorang yang solatholic. Bahkan beliau menganjurkan jika kita nak bersamanya dalam syurga kelak, perlulah banyakkan bersujud.


Haa..lagi satu ya. Nabi Muhammad juga seorang yang workaholic. Cuba bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri mempunyai banyak kerja dan menyelesaikan semua urusan. Semua urusan mentadbir, menyusun, menunjuk ajar, menyelesai masalah, memimpin, mendidik dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara. Jadi, sememangnya baginda ialah seorang yang workaholic. Sewajarnya kita mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. sepertimana beliau boleh jadi workaholic dan juga solatholic pada suatu masa yang sama.

 Pembaca sekalian, bekerja adalah satu ibadah. Ibadah umum namanya. Begitu juga dengan solat yang juga satu ibadah. Namun, solat ialah ibadah yang khusus atau ibadah khas. Kedua-dua ini dituntut oleh Islam untuk melaksanakannya. Perkaitan antara ibadah asas dan umum, ataupun antara solat dan kerja tu macam mana pula ye? Ibadah asas ni ada kaitan. Bahkan ia mempunyai banyak kaitan antara hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia. Orang yang paling banyak hubungannya dengan Allah, dialah juga yang akan mempunyai atau menguasai sesuatu hubungan yang paling kuat sesama manusia. Kesan daripada kuat hubungan dengan Allah lah yang membuatkan kita akan kuat hubungan dengan manusia melalui ketulusuan hati dan kekuatan jiwa. Solat yang khusyuk terutamanya akan member satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.
             
Tapi, bagaimana pula ya kalau masih ada yang solatholic tapi malas bekerja?? Senang saja. Cuma kita muhasabah kembali solat kita. Solat akan memberikan kita ketenangan  hasil daripada mengingati Allah. Solat jugalah yang mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Jadi, semaklah semula solat kita. Cuba lihat rukun fi’li, qauli dan qalbi semasa solat. Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja. Sekiranya masih ada yang solatholic tapi malas bekerja, tentu ada yang silap dan salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidakk berjiwa. Umpama bangkai tidak bernyawa yang tidak akan member kesan apa-apa kepada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.

              Hairan juga ya apabila masih ada yang workaholic tapI malas solat? Sama saja sebabnya. Jika golongan solatholic tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan workaholic ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak Nampak apa-apa manfaat solat dalam kehidupan mereka, apatah lagi dalam soal pekerjaan mereka. Solat dan karier terpisah. Itulah anggapan mereka.

              Bagaimana pula nak atasi golongan-golongan seperti ini? Golongan rajin solat kenalah disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda keakraban seseorang itu ialah apabila banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Bagi golongan workaholic pula, mereka juga perlu melalui proses yang sama yakni diberi kesedaran bagaiman solat dapat member kekuatan dan ketenangan dalam bekerja.

              Nah! X salahkan kalau kita sinergikan solat dengan kerja? Tak salah jadi workaholic dan tak salah jadi solatholic jika kita faham dan amalkan ajaran Islam dengan sempurna. “ Bekerjalah kerana Allah untuk manusia ! “. Orang yang solatholic seharusnya menjadi workaholic. Solat akan membentuk mereka bekerja keras. Jadi, dapatlah konflik antara workaholic dan solatholic ni diatasi.

p/s : Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam, bahkan oleh umat Islam itu sendiri. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...