31 December 2010

Musuh aku no 1!

Nauzubillahi min zalik...Aku mohon dan berdoa pada Allah supaya Dia jauhkan aku dengan musuh aku yg paling kuat dan cepat merebak dalam diri aku ni. Aku rasa, bukan aku saja yang alami masalah ni. Mungkin muslimin dan muslimat yang lain pun kadang-kadang tak tega memusnahkannya. Musuh aku? Siapa tu? MALAS! Ya..MALAS la musuh no 1 aku yang paling aku benci..Malas la musuh aku yang boleh membuatkan aku lalai dan kadang-kadang terus leka dalam lamunan x berpenghujung. Malas dalam erti kata lain adalah antara bisikan syaitan ke dalam diri kita..ke dalam nafsu nurani kita. Sama ada kita sedar atau tak, inilah realitinya. Jadi, jangan hairan kalau kita akan tertanya-tanya "kenapalah aku malas sangat hari ni?" .
Malas ni lah sifat mazmumah yang diwarisi dan dimiliki oleh si syaitan. Nak xnak, kita kena kuatkan iman untuk teppis dugaan malas ni. Tahun Islam Hijrah dah lama kita lalui. Esok pula bermula tahun baru bagi kalendar Masihi. Setakat ini, entah tertunai sudah segala azam yang kita pasang pada awal2 tahun dulu? Sama-samalah kita muhasabah kembali merenung dan menilai masa lalu...Kemudian, merancang demi mengatur masa depan. Barakallahufik.

Ingat Allah selalu..jiwa akan sentiasa tenang dan terasa dekat dengan-Nya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...