Assalamualaikum sidang pembaca sekalian. Kali ni, aku nak kongsi maklumat mengenai solat sunat Dhuha. Mungkin terdapat segelintir daripada kalangan rakan-rakan muslimin dan muslimat yang masih kurang jelas mengenai solat sunat Dhuha ni. Ada yang masih tertanya-tanya atau tidak tahu sama ada solat ini wajib atau sunat? Kemudian, apakah fadhilat atau kelebihannya? Waktu bilakah pula solat ini boleh dikerjakan?
- Nabi S.A.W. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya,
Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan
manusia setiap hari.
- Dalam riwayat Abu Hurairah berkata:
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu;
supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”.
- Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
- Waktu Haram Solat
Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
- Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
- Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
- Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
- Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
- Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.
Oleh itu, solat sunat Dhuha bolehlah dilakukan ketika matahari sedang naik dan sehingga sebelum matahari rembang. Kalau nak kira senang kita dah boleh solat sunat dhuha lebih kurang 28 minit selepas waktu syuruk. Sebelum solat dhuha ada lagi solat yang dianjurkan iaitu solat israq. Solat ini dilakukan ketika matahari sedang naik. Sama sahaja caranya iaitu 2 rakaat satu salam. Boleh dibuat beberapa byk yang kita suka.
Namun,Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
- Bagaimana melaksanakannya??
Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bibilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat.
Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud:
Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha.
Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani.
(Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)
Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik
menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
" Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak". (Riwayat Imam al-Tirmizi)
Tegasnya, bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab
al-Majmu' karangan Imam Nawawi). Oleh itu, eloklah ia dijadikan sandaran bagi
amalan kita.
- Kelebihan solat sunat Dhuha :
1) Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW
yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
2) Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
3) Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4) Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yaang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5) Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
6) Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
Wallahu'alam..
p/s: Tunaikan solat wajib dulu barulah tunaikan solat sunat ek,.Jangan lepas baca artikel ni, berlumba-lumba nak buat solat sunat, tapi solat wajibnya tak pernah buat, tak jadi juga. Ingatan buat aku n pembaca:)
No comments:
Post a Comment