08 September 2010

bila Ramadhan makin meninggalkan kita..

Bismillahirrahmanirrahim...

Nampaknya bulan Ramadhan  makin meninggalkan umat Islam. Betapa para malaikat pada ketika ini menangisi pemergiannya. Terasa sayu dan tidak puas aku rasa pada Ramadhan kali ini. Sekejap saja masa berlalu seolah-olah baru semalam Ramadhan mula bertamu dan kedatangannya pada kali ini seakan tidak puas rasanya.

Terdidikkah iman kita pada Ramadhan ini? Sudah mapankah iman dan amalan kita? Mampukah Ramadhan kali ini mentarbiyah iman kita yang seperti lalang ini bagi menempuh hari-hari yang berlalu selepas ini? Doakanlah semoga sempena Syawal dan bulan-bulan akan datang yang bakal menjelma ini, kita masih tetap teruskan dengan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan. 

Usah dilupa pada tadarus Al-Quran... usah ditinggalkan solat-solat sunat yang lain... usah teragak-agak untuk bersedekah pada yang memerlukan.. usah diumpat keji orang lain.. usah membiarkan pandangan mata, bisikan hati dan gerakan anggota badan ke arah kemaksiatan. Marilah kita bersama-sama mencari keredhaan-Nya.. Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...