28 October 2011

You are what u eat?You are what u read??

Assalamualaikum..

Selamat malam dan moga kita dalam peliharaan Allah selalu. Akhir-akhir ni, aku memang sibuk sangat. Kehidupan alam universiti yang memang survival. Mahu tak mahu, kena hadapinya dengan tenang. Sungguhpun begitu, keterujaan aku makin bertambah bila raya haji makin dekat. Tak sabar nak balik kampung. Walaupun cuti mid-sem nak dekat, ujian mid-term dan assignment sudah beratur menunggu giliran untuk diselesaikan. 

Apa la kaitan dengan "what we eat? what we read?" ni kan?? Sebenarnya,ini sama lah kaitannya dengan diri aku sebagai contoh. 

"WE ARE WHAT WE EAT...WE ARE WHAT WE READ".

Dalam hidup ni, cara hidup kita bergantung kepada bagaimana kita dibesarkan. Semuanya bermula dengan soal pemakanan, dan juga apa yang kita makan. Kalau dari awal kita tak jaga dua aspek ni, macam mana kita nak survive secara sihat di alam yang lebih mencabar nanti kan.

Makanlah apa saja makanan yang halal dan baik kerana ia akan jadi darah daging kita. Sama juga dengan bahan bacaan. Kalau kita dah terbiasa membaca bahan yang baik dan berilmiah, insyaAllah minda dan rohani kita akan terisi dengan ilmu yang baik dan bermanfaat. Tapi, kalau sebaliknya maka akan tercoraklah akhlak yang mazmumah. Nauzubillahiminzalik. Mohon dihindarkanlah dari semua sifat yang tak elok kan.

So, kata kuncinya pa??? 

MAKAN makanan halal lagi baik + BACA bahan bacaan bermanfaat :)

Wallahu'alam. Doakan kejayaan aku dalam imtihan mid-term ni ye..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...