Suasana yang baru kini, semakin dapat aku sesuaikan mengikut persekitaran. Dikelilingi dengan sahabat-sahabat, roomate yang padaku terbaik!, dan pensyarah yang berkaliber, rasanya tak susah untuk aku terus maju ke hadapan lagi. Tapi, bila dikenang biah yang dah berlalu pasti air mata cepat jatuh. Tapi itu yang terbaik buatku. Biarlah air mata yang menitis ini jadi penguat semangat dan sebagai satu cara melepaskan apa yang terpendam di hati. Kadang-kadang, memendam perasaan itu sangat menyakitkan.
Dengan peringkat umur yang pelbagai dan juga sebagai kakak di dalam kelas, kadang-kadang terasa diri ni lebih matang. Faktor umur mungkin salah satu penyebabnya..dan juga pengalaman belajar di peringkat pengajian tinggi beberapa tahun lepas. Ternyata masih ada yang bersikap kebudak-budakan. Mengejar itu dan ini. Hanya merasakan hanya dialah yang terbaik dan tiada siapa yang layak menandinginya. Bilamana ada yang tak puas hati, cuba kupujukkan hati dengan bersangka baik pada mereka. Bagi yang dapat faham situasi tersebut, baguslah. Tapi, bila mana ada yang terus mahu menyimpan dendam risau hati ini. Bagaimana lagi harus kujelaskan..bagaimana lagi perlu aku rungkai konflik yang dihadapi. Kerna nila setitik, habis susu sebelanga.
Bagi aku, kepada yang bergelar pelajar pusat pengajian tinggi tu, cubalah bersikap lebih matang dalam berfikir, tingkah laku, pertuturan dan penampilan diri. Usahlah menjadi ibarat kanak-kanak tadika yang merajuk dan meradang pabila tak dapat gula-gula. Kalau masing-masing masih mahu merasakan diri mereka adalah terhebat, muhasabah semula niat dan apa tujuan sebenar mereka untuk berada di alam kampus ini. Iya..DEWASA..mungkin itulah yang dirasakan bila merasakan diri sudah dewasa. Tetapi, dewasakah kita jika masih hidup dengan dibayangi dunia kanak-kanak dan zaman persekolahan dulu??
" In the blue sky, the white clouds float around. And it's really pretty to look at. "
Belajarlah dengan cuba menghargai apa saja yang berada di sekeliling kita tika kini.
1 comment:
fuhhh trbaekkk la kk dbh..hehehe
Post a Comment