Tatkala aku menjejakkan kaki di sini, terasa berat beban yang perlu kupikul. Bila mengenangkan amanah yang aku dapat tatkala dapat surat tawaran untuk sambung belajar, memang berdebar. Dah ternyata, alam universiti lain suasananya jika dibandingkan dengan alam kolej aku dulu. Sedikit sebanyak memang mencabar di sini. Dengan jadual kuliah yang padat, tugasan dan pembentangan dan urusan kendiri. Tapi, yang penting adalah niat. Moga niat yang baik beroleh barakah dalam setiap apa yang kita lakukan.
Aku ingin berkongsi sedikit kata-kata Ibnu Sina:
"Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: Tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas."
No comments:
Post a Comment