23 June 2011

Assalamualikum..

Aku pernah terdengar kata-kata ini:

"Manusia itu umpama musafir yang sedang dalam perjalanan jauh. Berhenti dia di sepohon pokok yang rendang..lalu lalai dan leka dia berehat di situ..sehinggakan dia melupakan tujuan asalnya."


Faham tak makna kata-kata di atas ni??

Apa yang dapat aku simpulkan di sini, cuba kita amati semula kata-kata di atas. Selami makna yang tersirat di sebaliknya.

Kitalah manusia tu yang berada di atas bumi pinjaman dari Allah ni. Kita jadikan dunia ni hanya sebagai tempat persinggahan. Pohon rendang itulah ibarat dunia ini. Bila kita jadikan dunia sebagai tempat persinggahan, kita mudah lalai dan leka pabila diduga dengan perkara dunia. Haa..pabila kita lalai dan leka, tika itulah diibaratkan kita leka dengan perkara dunia. Lama-lama, kita lupa tujuan asal kita iaitu ke akhirat yang kekal abadi.

Jadi, bekerjalah bersungguh-sungguh di dunia ni ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beramal ibadahlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

2 comments:

idafirdausi said...

hey, saya datang jenguk blog kamu. feel free to hit me back yeah :).meet new friends :)"

Idafirdausi punya belog

- pemilik tinta hati - said...

cik ida: selamat datang:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...