Tika aku menulis entri ni. kawan-kawan sekerja aku sedang lena dilulit mimpi. Maklumlah, semuanya mengambil peluang utnuk tidor lepas solat Zohor tadi sebab letih sangat melayan kerenah budah-budak. Tugasan pertama kami bermula semalam. Malam semalam, kami kena tolong sediakan bahan untuk seminar yang akan diadakan di USM,Penang pada esok hari. Pagi tadi pula, kami kena ganti guru-guru yang tiada di madrasah sebab pergi ke Seberang Perai atas urusan seminar esok hari juga. Pada mulanya, perasaan risau nak kawal pelajar-pelajar memang 100%. Untuk sesi sebelum rehat, aku dan Ainon ambil kelas darjah satu sambil aturkan aktiviti untuk mereka agar tak bosan. Selepas waktu rehat, aku ambil kelas darjah satu, Ainon kelas darjah 2 dan Sakinah kelas darjah tiga untuk sesi gotong-royong kelas pula. Dan ternyata, kelas akulah paling payah dikawal. Suara sampai nak pecah volume nak kawal kelas yang gamat.
Aku: "Kenapa??"
Kawan pelajar: "Pensel dia patah.."
Dengan penuh kesabaran ambil pensel sambil pujuk Ummi lalu tolong asahkan penselnya.
"Cikgu!! Dia pukul saya."
Pelajar: "Cikgu!! Bila nak gotong-royong??"
Aku: "Laa..yang susun-susun meja, sapu sampah tu lah gotong-royong namanya."
Seorang pelajar panggil aku.
Pelajar: "Cikgu! Saya saaaaayang cikgu"
Aku (tergamam kerana diucap tiba-tiba): "Kenapa?"
Pelajar: "Sebab saya sayang cikgu la"
Aku: "Takkan cikgu sorang je kot??"
Pelajar: "Semua cikgu laa"
Aku: "Bagus..bagus..bagus:)"
"Cikgu!! Dia buat saya."
"Cikgu!! Saya nak baliklah..Saya tak reti lukis ni.."
Seorang demi seorang mengadu kat aku dalam satu masa yang sama secara serentak. Pening nak pergi ke mana dulu. Menangis..toksah kiralah ada berapa ramai dah yang menangis hari ni. Kawan cucuklah...Kawan tumbuklah..Kawan kedekutlah..Kawan marahlah..Kawan bulilah..Macam-macam.
Sangkaan 100% bertukar jadi 150% risau untuk hari-hari yang mendatang nih walaupun hanya 27 orang. Nampak macam sikit, tapi ragamnya banyak. Huhu. Ya Allah! Kuatkanlah semangat aku untuk sabar dengan kerenah anak-anak muridku ini.
Esok hari, seharian kami akan join satu seminar yang berlangsung di USM bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Malamnya pula ada Majlis Hari Guru yang baru nak dibuat oleh madrasah ni.
Kesimpulannya, ini memang first time aku mengajar budak-budak darjah 1.
P/s: Masa aku darjah satu dulu, rasanya taklah teruk ragam aku dan kawan-kawan. Sekarang ni dah ada cabaran sket nak ajar dan didik mereka.
No comments:
Post a Comment