03 December 2011

Ikhlaskah kita?

Assalamualaikum..

Selamat petang semua. Sekarang ni aku tengah menikmati minum petang. Air milo + biskut kering. Sedap oww..Walaupun rasa lapar yang amat, tapi masih bersyukur sebab ada juga makanan jika nak dibandingkan dengan orang lain yang saat ni mungkin masih belum menikmati breakfast mereka.

Bilik aku sunyi je petang ni. Dua orang roomate dah keluar gi KL. Yang sorang lagi tak balik lagi sebab ada koko SUKSIS. Jadi, melangutlah aku sorang2 dalam bilik ni. Minggu ni dah tak keluar mana-mana. Kalau tak dua minggu lepas berturut-turut tak lekat kat asrama. Pergi Pedas la, balik kampung kawanla dan minggu lepas last pegi Nilai 3.

Pada petang ni, aku cuma nak berkongsi ilmu sikit tentang IKHLAS...

Ikhlas tu apa? Buat sesuatu tanpa harap apa-apa balasan la kan melainkan redha daripada Allah saja.


Ikhlas ni ada 3 bentuk:

1. Apabila kita buat sesuatu sebab mahukan pahala atau Syurga Allah.
2, Apabila kita buat sesuatu sebab mahu menjauhi dosa atau Neraka Allah.
3. Apabila kita buat sesuatu sebab mahukan redha Allah.



# Kesimpulannya, andai kata amalan kita dimulakan dengan salah satu daripada niat tersebut maka InsyaAllah dia akan dapat ganjaran daripada Allah.


Nangka seulas sama bidara,
Enak rasa si buah manggis,
Orang ikhlas azamnya membara,
Kalah tak kecewa, gagal tak menangis.


^___________^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...