02 December 2011

Azam baru di pagi Jumaat yang mulia ini:)

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan salam sejahtera buat sahabat dan pembaca sekalian. Mulakan pagi anda pada pagi ini dengan niat yang betul. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam ye:)

Sebenarnya, jiwa dan fikiran aku dari awal minggu ni tak berapa tenang. Jiwa kacau, fikiran pun resah bila time balajar. Jenuh juga aku muhasabah diri. Nak muhasabah diri selalunya yang aku pernah dengar dan baca ialah sebaiknya 10 minit sebelum tidur. Tapi, tak salah aku rasa kalau kita cuba memuhasabah kembali diri kita ni setiap kali ada masa terluang. Sebagai contoh, waktu kita ada masa terluang selepas makan. Haa..elok la kan lepas makan tu kita rehat-rehatkan perut yang kenyang tu dengan berfikir sejenak tentang amalan dan perilaku kita. Tak pun, dalam perjalanan nak ke kelas ke atau semasa tunggu bas di perhentian bas. Pendek kata, asalkan ada waktu senggang je, gunalah masa sebaiknya. Kalau waktu tu nak baca buku atau study pun xde mood, elok dan molek sangat spend 10 minit je masa untuk muhasabah diri. Muhasabah diri ni penting la kawan-kawan sebab kita ni kan manusia yang selalu lupa. Lupa dengan kesalahan diri kita kepada Allah..tu yang utama..Kesalahan dengan manusia, haiwan dan juga alam.

Macam kes aku ni, memang minggu ni la aku rasa 'down' sangat. Sampaikan ada satu masa dalam kelas tu, aku diam je. Tak banyak cakap hingga kawan tanya kenapalah aku serius sangat masa tu. Aku senyum je. Sebabnya? aku tak boleh nak cakap atau nak luahkan masalah sebab banyak sangat benda yang berlegar di kpala aku masa tu. Jadi, aku diam sambil cari balik apalah puncanya. Aku mengadu kat Allah je. Tak nak la mengadu kat mama atau baba sebab taknak depa risau pula kan. Cuma aku pernah hantar mesej kat mama dan minta tolong doakan aku kat sini dapat belajar dengan tenang. Tu je aku minta. Doa dari kedua ibu bapa.

Jadi, bersempena azam tahun baru Awal Muharam ni, jom la kita sama-sama buat satu anjakan paradigma untuk jadi yang terbaik dari sehari ke sehari.





pic sumber dari: sini


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...