30 November 2011

Pesanan buat bakal isteri dan suami

Assalamualaikum..

Berada dalam suasana universiti, antara fenomena yg tak dapat disangkal ialah isu percintaan. Cinta satu perasaan universal. Sedangkan Rasulullah sendiri cintakan umatnya sehingga sanggup merayu kepada Allah supaya letakkan segala dosa yang ditanggung oleh umatnya ke atas diri Baginda sendiri. Itulah cinta teragung sekali yang hanya dimiliki oleh kekasih Allah. Buat kita sebagai insan biasa, naluri untuk menyayangi dan disayangi memang ada. Tapi, yang penting perlulah berteraskan syariat Islam. Membina usrah hasanah amat sukar jika tiada persediaan rohani dan spiritual. Binalah usrah yang mampu menjadi teras kepada kegemilangan umat Islam. 

Yang penting sekali,


Buat isteri - teladani Asiyah~

Kepenatan menguruskan rumah tangga dan kelemahan dan kekurangan pada diri suami tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi aqidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib patuh. 

Belajarlah daripada Asiyah isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah

Buat suami - contohi Umar~

Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian, tetapi kekadang lebih kepada luahan.

Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai kesusahan isterinya yang keletihan menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak.



pic ehsan google.com


Ikatan tiada, ikhtilat dijaga,
Susah apanya, malu kan benteng utama:)



P/s : Teringat kasih baba dan mama yang tak berbelah bagi walaupun pada awal perkahwinan mereka tidak didasari dengan dasar cinta semata. Masih mampu menyemai sikap saling memahami.


4 comments:

Ckin Kembaq said...

InsyaAllah sama-sama kita ikuti jejak langkah mereka.. ^_^

- pemilik tinta hati - said...

@ ckin: insyaAllah..mudah2an ye dik:) Ameen~

Siti Nurhayati Dollah said...

InsyaAllah. Cinta selepas kahwin lebih indah :)

- pemilik tinta hati - said...

@ hayati : btol kan..kan ^__*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...