11 May 2011

Lagi langkah agresif untuk memburu...

Assalamualaikum.

Selamat pagi dan mulakan hari ini dengan niat yang baik dan bermanfaat. Sedikit pengisian dan sebagai peringatan buat diri kita bersama. Muhasabah kembali sebelum kita memulakan aktiviti pada pagi ni ya:)

Para ulama' tasawuf pernah menyatakan, seseorang yang ingin merasai kemanisan iman perlu berusaha mengingatkan dua perkara serta melupakan dua perkara.

Apakah kedua-dua perkara tu??


INGAT dua perkara:

1. Kebaikan orang lain kepada kita.
2. Kesalahan kita kepada orang.

LUPAKAN dua perkara:

1. Kebaikan kita kepada orang lain.
2. Kejahatan orang terhadap kita.


Jadi, mulakan langkah agresif bagi memburu kemanisan iman. Ia tak dapat diperoleh dengan mudah, tapi ia perlu dicari dengan menyedari kepentingan kemanisan iman itu sendiri.


P/s : Ingat! Allah sayang terhadap hamba-Nya yang menyayangi saudaranya melebihi daripada dia menyayangi dirinya sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...