06 September 2011

Seandainya semua kanak-kanak seperti Shin Chan...


Assalamualaikum.

Melayan ragam anak-anak saudara memang tak pernah berkesudahan. Gelagat mereka yang 
macam-macam kadang-kadang membuatkan kita selalu 'terkena'. Sekali-sekala, mungkin boleh 
bersabar. Tapi, jangan sampai ke tahap macam si Shin Chan ni sudahlah.

***

Soal Jawab Guru dan Shin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Shin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Shin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

***

Guru: Shin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Shin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Shin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengejanya, itu lah yang saya eja !


***

Guru: Apakah formula untuk air?
Shin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Shin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

***

Guru: Shin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu,cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Shin Chan: Di sini Cikgu, Shin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Shin Chan Cikgu!


***

Guru: Shin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Shin Chan: Saya Cikgu!


***
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Shin Chan: Jangan kena gigit serangga.

***

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Shin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada 
waktu yang sama."



***
Alahai..Shin Chan



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...