07 August 2011

Kunci BARAKAH itu pada siapa?

Assalamualaikum..dan salam ukhuwah mahabbah fillah.

Setelah agak lama menyepikan diri disebabkan mengutamakan hal dan urusan yang lebih utama, baru kini aku dapat menjenguk di sini. Sememangnya tempoh dua minggu akhir-akhir ini telah melakar banyak episod suka dan duka. Biarlah segalanya menjadi rahsia antara aku dan Dia.

Alhamdulillah. Malam ni aku baru usai bertarawih selepas berbuka puasa di kampung bersama saudara mara yang jauh. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Inilah barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Berbuka puasa berjemaah pun terdapat barakah padanya. Kadang-kadang, kita sendiri tak terfikir akan barakah itu. Apa itu BARAKAH??

Barakah yang perlu kita cari adalah dalam apa jua bentuk, keadaan dan pekerjaan. Keberkatan yang kita nak cari ni senang saja seandainya kita laksanakan setiap sesuatu perkara itu berlandaskan syariat atau dalam erti kata lain, tidak melanggar hukum Allah

Untuk senang difahami, BARAKAH itu ialah REDHA daripada Allah. Jika baik amalan kita, maka Allah akan meredhai setiap usaha yang kita lakukan. Jika buruk amlalan kita, maka Allah tidak akan suka dan tidak meredhai setiap apa yang kita lakukan. Kejayaan dalam tiap sesuatu yang kita buat akan terasa suatu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan jika pekerjaan itu berlandaskan syariat dan diberkati dan diredhai Allah. Berbeza sekali dengan kejayaan yang dikecapi tanpa redha Allah kerana padanya tiada barakah.

Pokok pangkalnya, nak dapat BARAKAH itu, kenalah mengejar REDHA daripada Allah. Sebagai Muslim yang bertaqwa, perbanyakkanlah amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan ini supaya dapat mengejar REDHA Allah di dunia dan akhirat. Jom buat check-list amalan masing-masing untuk bulan Ramadhan ini.

Allahua'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...