Ya Allah, berikanlah aku kemudahan supaya dapat meneruskan impian yang amat aku idam-idamkan selama ini. Aku tahu khilafku banyak. Namun, kau ampunilah dosa-dosaku dan dosa ibu bapaku, juga dosa kaum Muslimin Muslimat. Andai ini kifarah bagi dosa-dosaku yang lalu, ampunkanlah aku. Terimalah doaku ini Ya Allah. Bantu dan pimpinlah aku ke jalan Redha-Mu. Ameen Ya Rabbal 'Aalamiin.
Sesungguhnya, Allah akan menjawab doa hamba-Nya dalam 3 cara sahaja iaitu :
1. YA..DIA berikan apa yang kamu pinta.
2. TIDAK..DIA akan berikan yang lebih baik.
3. TUNGGU..DIA akan berikan yang terbaik.
Mudah-mudahan kau terima segala amal ibadahku dan doaku. Moga KAU menjawab doaku..Jika bukan dengan cara ke-2, mungkin melalui cara ke-3. Sesungguhnya setiap ijabah itu adalah hak Allah, dan bukannya hak manusia.
Allahumma Yassir..Wa la tu'assir.
2 comments:
bersangka baik pada-Nya :)
@ Asyikin : Ya...benar:)
Post a Comment