28 July 2011

Menikmati manisnya ilmu seperti menjamah halwa..

Assalamualaikum.

Dalam satu hadis riwayat al-Hakim-daripada Sa'ad bin Abu Waqas r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak".

Dalam menikmati kesibukan zaman belajar, semestinya kita sendiri kadang-kadang terlepas pandang dalam memikirkan indahnya waktu ketika itu. Aku sendiri lalai dalam menghayati apa keindahan zaman belajar itu sendiri. Terlalu sibuk mengejar kecemerlangan dalam akademik hinggakan sampai ada nilai-nilai yang tersirat di sebalik ilmu tersebut belum terungkai dalam erti kata lain 'mencari ilmu untuk dimuntah, bukannya untuk diterjemah maknanya'. Bila masuk zaman sekolah menengah, barulah diriku dapat bayangan dan gambaran sebenar tentang makna ilmu yang sebenar. Bergurukan cikgu-cikgu yang selalu menekankan kepentingan ilmu yang sebenarnya di dada, bukannya sekadar di atas kertas telah cukup membuatkan aku selalu muhasabah diri. Benar, 'al-ilmu fis sudhur, wa la fis suthur'..."ILMU ITU DI DADA, DAN BUKANNYA ATAS KERTAS".

Sekarang, waktu senggang yang ada lebih aku suka untuk penuhi dengan membaca majalah terutamanya majalah 'Solusi' yang menjadi feveretku sekarang. Dan yang terbaru, aku mula berjinak-jinak dengan majalah islamik 'Gen-Q'. Dalam majalah Gen-Q yang aku telah baca baru-baru ni, aku tertarik dengan topik berkaitan keihlasan terutama dalam menuntut ilmu.

Antara yang perlu kita cari dalam menagih manisnya ilmu itu ialah dengan dimulai niat ikhlas mendapat ilmu kerana Allah semata-mata. Nak mulakan minat membaca sangat senang. Belilah majalah yang dapat menarik minat membaca dan pastinya lebih berilmiah.

Untuk menikmati kemanisan ilmu, kenalah:

Ikhlas membeli,
Ikhlas membaca,
Ikhlas memahami,
Ikhlas menyampaikan.


Nak tak nak, kita kena tanam dalam diri kita ni roh atau semangat untuk menuntut ilmu. Macam mana tu?

Kita diwajibkan mempunyai 'perasaan' dengan ilmu,
Kita diwajibkan 'intro' dengan ilmu,
Kita diwajibkan 'bercinta' dengan ilmu,
Tidak boleh tidak, kita diwajibkan menerima 'jodoh' dengan ilmu.

Senang kan? Bercintalah dengan ilmu. Kalau dengan kekasih hati boleh bermanja dan berdamping selalu, takkanlah dengan ilmu yang menjadi nadi dan kunci segala perkara ini, kita tak boleh nak suburkan rasa cinta tersebut.

Keyword yang cukup mudah : 

~ Ada PERASAAN + INTRO dengan ilmu + BerCINTA dengan ilmu + Terima JODOH ilmu ~

Jadi, nak tak nak kita kena suburkan dalam diri akan 'hubbu ilmu' daripada 'hubbu dunya'.

Sebut pasal ikhlas pula, ikhlas ni sebenarnya ada 3 bentuk:

1. Apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan pahala atau syurga Allah.
2. Apabila kita melakukan sesuatu kerana mahu menjauhi dosa atau neraka Allah.
3. Apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan redha Allah.

Seandainya amalan dimulakan dengan salah satu daripada niat tersebut, maka InsyaAllah dia akan mendapat ganjaran di sisi Allah.

*sumber yg. dikongsikan dipetik sedikit daripada majalah Gen-Q edisi pertama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...