04 July 2011

Integriti dalam erti kata lain ialah..

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, aku telah menghadiri satu seminar Al-Quran anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara pengisiannya ialah ceramah yang disampaikan oleh beberapa orang ahli panel jemputan. Aku tertarik dengan salah satu daripada tajuk-tajuk yang telah dibincangkan iaitu mengenai "Integriti".

Apakah definisi kepada integriti ini??


Menurut sumber wikipedia,


" Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan.
Daripada maksud yang didapati daripada Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan lain-lain. "

Mengikut kefahaman aku pula, sebagaimana yang aku telah pelajari dan dititikberatkan mengenai budaya integriti ini, integriti ini adalah nilai diri sendiri. Nilai jujur, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, sopan, bersih, cekap dan segala bentuk nilai-nilai murni atau amalan mahmudah.

Semua nilai-nilai ini sebenarnya telah diajar dalam Islam. Persoalannya, pernah tak kita nak tingkatkan nilai integriti ini?? 


Ustaz aku pernah beritahu pada aku tentang perkara ini. Katanya lebih kurang begini, 


"Tahu tak kamu, integriti yang sebenar itu ialah TAQWA? Dalam pengertian TAQWA itu sendiri, cukup untuk memberi makna dan gambaran sebenar tentang integriti. TAQWA dalam diri manusi itulah yang selalu kita cari".

Taqwa?? Apa tu? Paling ringkas, aku nak takrifkan taqwa ini ialah:

"AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR"
Buat perkara yang baik, jauhi perkara yang dilarang.

Mengikut takrifan sebenar pula:


Senang kan nak faham pengertian Taqwa ni? Tapi, nak laksanakannya tak semudah lafaz di mulut saja. 

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :



أَنْ يُطَاَع فَلا يُعْصَى وَ أَنْ يُذْكَرَ فَلا يُنْسَى وَ أَنْ يُشْكَرَ فَلا يُكْفَرَ


"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya."
(Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Nak capai integriti, samalah macam kita nak tingkatkan taqwa..Cumanya, martabat taqwa lebih tinggi dan diutamakan dalam Islam.

P/s : Biarlah ilmu secupak, akhlak bergantang. Kurang ilmu boleh ditambah, kurang akhlak sukar dibentuk.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...