14 June 2011

Siapa sebenarnya aku??

Assalamualaikum..

Salam ukhuwah dan mahabbah..Semoga tautan kasih sayang kerana Allah yang terbina ini sentiasa dalam redha-Nya selalu.


" Siapakah aku?? "

Pernah tak terlintas di minda kita akan perkataan di atas? Barangkali pernah bagi sesiapa yang sering muhasabah diri sendiri. Tatkala aku duduk seorang diri, semestinya aku terkedu pabila terfikir semula tentang diri sendiri. Terfikir tentang siapa aku sebenarnya..Terfikir tentang layakkah aku di muka bumi Allah ini. Terfikir akan betapa kerdilnya diri ini. Terfikir yang aku ni hanya hamba Allah yang diberi peluang untuk bernafas walau sepicing cuma di dunia ini dan hanya menanti waktu diambil kembali. Dalam waktu aku terfikir tentang siapakah aku, aku teringat kembali sebuah kisah yang memotivasikan diri aku untuk terus kuat menghadapi segala liku-liku kehidupan.

Kisah ini mengenai seorang ulama' pada masa dahulu yang telah diuji oleh orang lain. Seorang lelaki itu menggenggam sesuatu di dalam tangannya lantas bertanya kepada ulama' itu,
"Anak burung dalam genggamanku ini hidup atau mati? Apakah jawapanmu?".

Lantas ulama' itu menjawab,
"Jawapan aku itu tidaklah penting. Yang penting ialah apa yang ada dalam pemikiran kamu. Seandainya aku memberi jawapan bahawa burung itu masih hidup, sudah pasti kamu akan menggenggam burung itu sehingga burung itu mati. Sekiranya aku menjawab bahawa burung itu sudah mati pula, semestinya kamu akan melepaskan burung itu".

Begitulah jawapan bijak oleh si alim ulama' itu tadi. Ulama' itu tahu bahawa dia sedang diuji oleh orang lain dan niat mereka hanya satu, iaitu ingin mengenakannya. Jadi, sudah tentu jawapan sudah berada di tangan mereka. Jawapan bijak si alim ulama' itu telah mematahkan usaha mereka daripada mengenakan si alim itu tadi.



Nah! Berdasarkan kisah di atas, apa yang aku dapat simpulkan ialah sebenarnya apa yang sangat penting semuanya bermula daripada pemikiran kita. Baik buruk sesuatu perkara akan terjana melalui minda. Sesungguhnya kuasa minda kita sangat kuat untuk dijana. Hanya kita yang dapat mengubah 'setting' setiap fungsinya. Hebat bukan minda kita!

Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...