19 June 2011

Selamat Hari Bapa!

Assalamualaikum.

Tiada kata yang lebih bermakna buat baba tercinta. Yang mampu aku ucapkan, terima kasih atas setiap yang baba berikan.


Khas untuk Baba......
.
.
.
.
.

Baba...
Terima kasih sebab paham aku
Terima kasih sebab pernah sentuh badan aku
Di saat pipiku pernah ditampar
Tatkala kakiku pernah dipukul hanger baju
Bila mana aku pernah diseret dalam rumah
Cubitan dan segala macam bentuk pengajaran yang baba berikan
Aku redha
Sebab aku tahu siapa babaku yang sebenar

Baba..
Sebenarnya aku tahu siapa baba yang sebenar
Baba aku yang sebenar bukan suka macam tu
Babaku pendiam..macam aku
Eh..bukan..Aku yang macam baba
Bercakap bila perlu
Bertindak bila terdesak
Bisu bila tiada keperluan
Katanya, jangan busy body
Katanya, jadilah diri kita sebenar
Katanya lagi, biar kita kecil di mata orang
Asalkan hati besar dalam hati setiap insan

Baba..
Sekarang dah tak macam dulu
Makin aku suka
Mungkin sebab kami dah besar
Anggapannya bila dah besar perlu faham diri masing-masing
Jangan biar orang runsing fikirkan kita
Perlu pandai bawa diri
Jadi sekarang tiada lagi 'hadiah' yang kuterima daripadanya
Bersyukur aku kerana dapat ayah macam baba
Terima kasih baba!


P/s: Aku sayang baba. Baba sayang aku. Aku tahu walaupun baba tak tunjuk depan aku sebab dia pemalu macam aku juga..hehe. Macam-macam je kan. Gambar baba aku tak letak sebab baba memang tak suka tunjuk gambar dia kat public. Sekarang banyaklah masa untuk aku bersama dengan baba dan mama di rumah. Aku anak manja? Memang itu yang kawan-kawan aku cakap, tapi kebenarannya hanya kami sekeluarga yang tahu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...