Titipan rindu..coretan rasa hati
Bismillah..selawat dan salam buat nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan lagi untuk terus sihat selepas 2 hari demam. Malam ni badan serasa seram sejuk lagi. Lantaran terlintas di hati akan blog yang lama ditinggalkan terus aku kuatkan semangat untuk menaip. Bukan tak rindu pada tempat coretan yang selalu aku coretkan, namun kekangan masa dek sibuk dengan urusan lain menjadi satu daripada asbab musabbabnya.
Tika jam berdetik, tika itu juga nafasku masih ada. Syukran lillahi ta'ala. Sungguh, perjalanan hidup sebagai pelajar dalam 2 bulan lebih ini menjadikan aku lebih membuka mata. Memerhati gerak laku manusia sampaikan aku sendiri terlepas pandang khilafku. Inilah padahnya, kifarah daripada Allah atas dosa-dosa yang aku lakukan samada secara sedar ataupun tidak. Mindaku sering berlegar cuba mencari solusi. Langkahku cuba kuatur penuh strategi. Walau terkadang tersasar daripada perancanganku, tapi aku yakin Allah punya aturan lebih pasti. "Wamakaru wamakarallah..wallaahu khairal maakiriin". Ingin aku titipkan lagi perkongsian hiudpku tapi bebanan sakit di kepala makin menjadi. Doakan aku sembuh seperti sedia kala.
No comments:
Post a Comment