16 November 2012

Lantunan mahabbah

 
 
Pabila makin lama bertemankan sahabat dalam pelbagai situasi, membuatkan diri makin matang. Percaya atau tidak, walaupun buat permulaan, sukar untuk kita membiasakan diri dengan suasana dan sikap orang di sekeliling, namun lama-kelamaan pasti kita mampu menghadapinya dengan tabah. Bersempena awal Muharram ini, mohonlah pada-Nya supaya kita sentiasa positif dan ceria dalam mebina ukhuwah sesama sahabat. Adat dalam bersahabat, tak semuanya indah. Semakin kita menyayangi seseorang itu, semakin kita mudah tersinggung atau terasa hati dengannya. Kadang-kadang, pernah juga terlintas di fikiran mengapa perasaan ini timbul. Jawapannya, fitrah Allah. Fitrah yang Allah jadikan buat kita untuk berkasih sayang kerana rasa ini sangat universal. Jadi, takkanlah kita mahu terus membiarkan perasaan sebegini terus bermukim dalam diri bukan? Jadi, antara tips yang dapat saya kongsikan berkenaan dengan cara merawat perasaan terasa hati atau mungkin marah dengan sahabat ialah dengan :
1. Beristighfar banyak-banyak. Jangan ingat sangat kesalahan sahabat, tapi kenang semula segala jasa dan budi yg telah dia taburkan dia saat kita susah.
2. Bersangka baik kerana mungkin dia tiada niat untuk menyakitkan hati kita.
3. Cuba senyum terus menerus walaupun situasi masih kekok selepas bergaduh atau berselisih faham. Tapi, pastikan jelaskan secara baik dahulu sebelum itu.
4. Banyakkan berdoa semoga Allah lembutkan hati kita dan hati sahabat. 
5. Sebelum tidur, maafkan sahabat dan juga orang sekeliling dan mohon maaf pada mereka jika berkesempatan. Ingat dan bayangkan wajah sahabat tatkala mereka sedang gembira.
6. Setelah bangun dari tidur, niat untuk mulakan hari yang baru dengan sempurna dan penuh keceriaan. 
P/s : Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang ^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...