30 June 2012

Meraih Redha Allah dalam bersahabat

Assalamualaikum..tahiyyatan wa salaaman a'la Nabi Muhammad s.a.w wa ashaabihi.

MASA. Cukup untuk menceritakan pelbagai peristiwa. Dalam tempoh sebulan lebih ini sepeninggalan blog ni, pelbagai pengalaman suka duka rentetan daripada cerita semalam. Tamat sudah kisah semester 2 yang sarat dengan memori baru dan ilmu untuk diamalkan selepas diuji dalam lembaran kertas. Coretan rasa yang dipendam dan hati yang membengkak menggarap seribu satu persoalan. Pokok pangkalnya, sejauh mana iman yang teguh mampu menangkis amarah dan iman yang tidak goyah mampu memandu diri. Bila melihat kembali sekeliling, perkara yang menjadi tumpuanku buat masa kini ialah mengenai 'PERSHABATAN'. Cukup sekadar melihat kepada pengalaman diri dan rakan yang lain, aku hanya tersenyum lantaran teringat kenangan dan apa sahaja yang telah ditempuhi. Bukan senang untuk memandu ke arah persahabatan yang benar-benar jujur dan ikhlas. The most important things -----> Jujur+Ikhlas+Percaya+Lillahi Ta'ala. I really meant it ^_^  

Pernah sahabat bertanya pada aku dalam soal ini. Antara persoalan  atau situasi yang timbul ialah:

 "Mengapa hanya saya yang perlu mengalah? Saban kali tatkala masalah timbul, hatta yang bukan berpunca daripada diri saya tetapi mengapa mesti saya yang memulakan dulu unutuk menjernihkan balik keadaan?".

"Penatlah bila asyik dia saja yang nak menang "*sigh*.

"Bilalah dia nak tegur saya. Lepas ni kalau nak tegur dia pun rasa macam mungkin tak semesra dahulu".

"Serasa macam dah tawar hati dengan perangai dia".

Taken from yahoo


Andai ada yang pernah mengalami situasi seperti di atas, usah ego. Buang jauh-jauh ego tu. Ini kerana disebabkan EGO lah kita senang untuk hilang sahabat. Tak usah bermasam muka lama-lama. Orang lain mungkin boleh hidu dan syak yang bukan-bukan dengan seribu satu anggapan terhadap kita. Ingat, sekali kita berkawan dengan seseorang, selama-lamanya dia tetap kawan kita. Tak kiralah rapat atau tidak. Jangan biarkan cemburu jadi racun buat diri kita. Bersyukurlah bahawa Allah dan kurniakan kita dengan dikelilingi kawan atau sahabat yang mampu menemani dan mendampingi kita. Bersyukurlah bila Allah berikan kita sahabat yang tak pernah jemu menegur. Bersyukurlah yang Allah selalu datangkan ujian dalam persahabatan untuk menguji sejauh mana kita ikhlas dalam sesebuah persahabatan. Mengalahlah jika itu dapat menyelamatkan persahabatan yang makin reta. Tidak hina orang yang berundur diri atau mengalah walaupun dia tak salah. Yang penting, selalu doakan semoga sahabat kita sedar kesilapan dia dan kita juga dapat menjaga tingkah laku dan percakapan dengan sahabat.

Allah s.w.t telah menciptakan sifat mawaddah atau kasih sayang sesama Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. :

مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم
كمثل الجسد ، إذااشتكى منه عضو تداعى سائرة بالحمى والسهر 
(رواه مسلم)


Maksudnya : 
" Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam saling mengasihi dan menyayangi adalah bagaikan satu tubuh, jika salah satunya merasa sakit maka seluruh tubuh (merasakan sakit) menjadi demam dan tidak bisa tidur." ( Hadith Riwayat Muslim)

Siapalah yang tak sayang sahabat sendiri kan. Amatlah mustahil untuk menidakkan kasih dan sayang kepada kawan sendiri kan. Tak kira samada kawan, sahabat, rakan atau geng :) Semuanya peneman kita. Susah senang. Paling penting sebagai pemandu untuk kita saling memperingat dalam perkara ibadah. Pasti bila masing-masing lama tak bertemu, mulalah teringat kenangan di saat kita bangun Qiam sama-sama, study sama-sama hingga pagi, tadarus sama-sama, berjalan kaki ke kelas bersama-sama, riadah sama-sama, dan berbuka puasa bersama-sama. Sampai suatu masa, kenangan itulah yang secara automatik dapat membunuh dendam, PHD (perangai hasad dengki), dan buruk sangka. Sebagai nasihat buat diri aku dan sahabat yang lain, jom amalkan tips-tips dalam meraih redha Allah dalam bersahabat :

1. Ikhlas bersahabat kerana Allah.
2. Mudah memaafkan.
3. Tidak segan untuk berterima kasih.
4. Selalu bersifat malu.
5. Menjauhi sifat dengki.
6. Hindari prasangka buruk.
7. Selalu tunjukkan wajah gembira dalam bersahabat.
8. Hargai pendapat orang lain.
9. Bersifat tawadhuk.
10. Menyimpan rahsia.

P/S : Biarlah selalu bersangka baik dengan sahabat ye ^___^ Perbaharui niat selalu semasa bersahabat. Jangan berniat yang tak baik kalau nak redha Allah dalam bersahabat. Wallahu'alam. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...