Pernah atau tak kita ada perasaan hasad dengki atau iri hati kat orang?? Konpem ada kan..Biarlah dengki kita tu kena pada tempatnya.
- Janganlah dengki kalau kita tak dapat buat jahat bila tengok orang lain buat jahat.
- Janganlah susah hati bila kita tak dapat ponteng kelas, sedangkan kawan-kawan lain ada yang ponteng kelas dengan jayanya tanpa dikesan oleh lecturer.
- Janganlah iri hati bila kawan kita ada ramai pakwe atau makwe yang dah tentu belum pasti jadi suami atau isteri dia.
- Janganlah dengki hati bila seseorang tu nampak menonjol dengan menganggap yang si dia buat-buat pro, konon dia sa ja pandai...padahal hakikatnya kita selalu tidur dalam kelas, tiru dalam latihan, malas baca buku.
- Janganlah ada sifat PHD (perangai hasad dengki) bila mana saudara kita selalu post status yang berbentuk tazkirah, peringatan atau nasihat mengajak ke arah kebaikan di FB..walhal tanya pada diri sendiri.... pernah tak kita cuba untuk ingatkan diri sendiri dan orang lain dan cuba jadi baik dari sehari ke sehari??
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu:
Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yg diredhai Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (AQ dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain".
- Hadith Riwayat Sahih dan Bukhari -
Apa maksud hadith di atas ni??
Maknanya,
1. Islam melarang umatnya berhasad dengki dengan orang lain ataupun ada rasa iri hati walau sekelumit melainkan kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan sahaja.
2. Islam tak benarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada AQ dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri semata-mata.
3. Islam tak benarkan umatnya berperasaan cemburu dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan dalam dua perkara iaitu:
(1) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dan menyampaikan ilmunya kepada orang lain pula.
(2) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu di jalan yang diredai Allah.
Jadi, jom kita rasa cemburu bila ada umat Islam disaingi oleh bangsa dan agama lain..Jangan lupa untuk sama-sama berlumba dalam amal kebaikan bila cemburu tengok orang lain beramal jariah.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam :)
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment