23 January 2020

Masihkah aku yang dulu?


Bismillah...kala diri menaip, hatiku resah. Menahan satu rasa yang tak tahu punca dan sebab musababnya. Sudah bertahun lama rupanya aku meninggalkan laman ini. Masihkah sama aku yang kini dengan aku yang dahulu? Dalam beberapa tahun ini, sebenarnya telah banyak perkara berlaku. Pelbagai asam garam kehidupan mula dirasai. Pahit dan manis pengalaman dirasai mendewasakan aku. Pencarian mengenal diri sendiri terus diteruskan. Peluang kerjaya dalam hidup hampir tercapai. Impian yang selama ini diimpi telah terealisasi. Namun, satu perkara ini masih belum kutemui jawapan. Sudah penat aku rasa dalam pencarianku yang satu ini. Entah masihkah ada peluang lagi entahkan tidak. Entah masih bersisa lagikah umurku dan entahkan tidak. Ya, memang aku hampir berputus asa. Terlalu berat aku rasa ujian yang kau beri ini. Yang ada kini adalah perasaan berserah. Menanti jawapan dariMu......

25 April 2016

Bahan Bantu Mengajar kelas tahun 2.

  

 Alhamdulillah. Siap akhirnya bahan untuk mengajar esok hari. Harapnya para pelajar saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Sebenarnya sebelum ini pernah saja buat aktiviti berkumpulan macam ni dalam kelas. Selalunya, dalam sebulan mesti buat sekali. Motifnya sebab nak memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan di samping meningkatkan daya pemikiran para pelajar.

   Bagi kali ini, bahan bantu mengajar yang saya buat adalah untuk mata pelajaran Al-Quran iaitu berkaitan dengan hukum tajwid 'Nun Sakinah' dan 'Mim dan Nun Syaddah'. Kalau sebelum ni mereka hanya membuat latihan mencari dasn menulis ayat Al-Quran yang mengandungi hukum tajwid di dalam Al-Quran, tetapi kali ini saya menukar kepada konsep mengkelaskan ayat-ayat Al-Quran mengikut hukum tajwid yang telah ditetapkan. 

   Antara langkah-langkah gerak kerja yang bakal berlangsung esok hari adalah seperti yang telah saya sediakan seperti gambar di bawah :

Lakaran peta minda berbentuk pokok. 

Nasib baik menjadi juga pokoknya, sebab tangan dah lama tak melukis ni.

Membahagikan dahan pokok kepada lima hukum tajwid bagi nun sakinah.

Siap untuk enam kumpulan.

Jawapan yang disediakan buat para pelajar 

yang perlu dikelaskan semula mengikut kumpulan.


Contoh tugasan yang pelajar bakal siapkan adalah seperti ini.

Hukum tajwid bagi hukum 'mim dan nun syaddah'. 

Pelajar mencari hukum nun dan mim syaddah daripada Al-Quran 

dan menulis di tempat kosong.

************

Selesai perancangan untuk esok. Moga para pelajar bersemangat melakukan aktiviti ini :)
Allahu yusahhilni.

Saya kembali!

 
Banyak betul pengalaman yang dikutip selama hampir empat tahun aku sambung belajar. Lebih kurang sama tempoh blog ni bersawang. Kekangan masa, tenaga dan kerajinan. Kali ni, baru teringat dan berpeluang jenguk balik blog ni. Ingatkan macam nak padam terus blog, tapi rasa sayang pulak. Banyak kenangan yang aku kongsi dan bila baca balik boleh buatkan diri aku termotivasi. Lebih kurang macam diari aku la jugak ni. Jadi, selepas ni bolehlah aku mula mengaktifkan kembali diri dalam bidang penulisan ni. Hingga ketemu lagi andai diberi nafas lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...